Thursday, September 17, 2009

Abstrak Kertaskerja Kajian Kes

PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN MELALUI KAJIAN KES: TAHAP REFLEKSI

Maznah Hj Ibrahim, Ahmad Zamri Mansor, Mohamad Mohsin Mohamad Said dan Taip Abu

Pusat Pengajian Umum
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Abstrak


Kandungan Kursus Membuat Keputusan beberapa semester yang lepas lebih tertumpu kepada pengajaran aspek teoritikal. Pengubahsuaian diadakan pada struktur kursus yang mengabungkan ciri teoritikal dan ciri praktikal dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran agar kursus ini bersifat lebih global dan dinamik. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kursus membuat keputusan, kajian kes dilihat sesuai untuk melatih pelajar menghayati bagaimana sesuatu keputusan penting perlu diambil. Terdapat tiga kelebihan tentang penggunaan kajian kes iaitu: aplikasi teori kepada amali, mengalakkan refleksi kritikal dan membina kemahiran menyelesaikan masalah serta membuat keputusan (Todd, 2008). Kertaskerja ini mengulas tentang persepsi pelajar tentang penggunaan kajian kes dalam projek membuat keputusan mereka. Kajian berbentuk kualitiatif ini dijalankan terhadap 35 pelajar. Hasil dari kajian awal ini memberikan maklumat tentang bagaimana projek kajian kes dapat membantu pelajar menghayati sesuatu proses bagaimana membuat keputusan. Hasil kajian ini juga melaporkan permasalahan yang dihadapi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah kajian kes.

Katakunci: proses membuat keputusan, kajian kes, peringkat refleksi

No comments:

Post a Comment