Thursday, September 17, 2009

Proposal Penyelidikan

Sinopsis Penyelidikan:

Kursus ZZZT2263 kemahiran Membuat keputusan ialah salah satu kursus pengajian umum yang dikategorikan sebagai kursus U2. Objektif bagi kursus-kursus di bawah kategori U2 ialah untuk mendidik pelajar dalam kemahiran berorganisasi dan berfikir.

(Satu masalah yang dikenalpasti dalam pengajaran kursus ZT2263 ialah liputan bahan kursus yang lebih berfokus kepada teoretikal dan konseptual. Namun bagi mencapai matlamat pendidikan di Pusat Pengajian Umum iaitu antaranya melahirkan pelajar yang memiliki kemahiran-kemahiran generik yang berkesan, memerlukan bahan-bahan pengajaran yang lebih inovatif dan pragmatik. Untuk memperbaiki keadaan ini, satu semakan ke atas silibus kursus ini perlu dilakukan. Satu penyelidikan tindakan diadakan dalam penyediaan bahan kursus ZT2263 bagi mengimbangi bahan pengajaran yang berbentuk teoritikal/konsepsual dengan bahan pengajaran yang berbentuk praktikal.- Cadangan tambahan, Maznah)


Dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi pengajaran kursus ZZZT2263, terdapat dua masalah utama yang dihadapi berkaitan dengan silibus iaitu: (a) liputan kursus yang berfokus kepada teoretikal dan konseptual, dan (b) para pelajar tidak dapat memikirkan kerelevanan kursus ini dengan kehidupan seharian.

Ini menyebabkan pengajaran bagi kursus ini terlalu berat dan para pelajar tidak dapat memikirkan kerelevanannya terhadap kehidupan seharian. Untuk memperbaiki keadaan ini, satu semakan ke atas silibus kursus ini perlu dilakukan. Perbincangan awal di kalangan para pengajar kursus ini menunjukkan bahawa penggunaan kes kajian dan pembelajaran berdasarkan masalah (PBL) boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah di atas.


Objektif Penyelidikan:

Objektif penyelidikan ialah untuk:

1. Untuk menyeimbangkan komponen teoretikal/konseptual dengan komponen yang berunsur praktikal.

2. Untuk menggunakan bahan-bahan pengajaran kursus ini seperti PBL dan kajian kes agar lebih relevan dan mencabar dengan kehidupan seharian pelajar.

Untuk objektif pertama, semakan silibus perlu dilakukan dengan cara mengurangkan komponen teoretikal dan menambahkan komponen praktikal. Input untuk objektif pertama ini dikenalpasti daripada tenaga pengajar dan para pelajar.

Untuk objektif kedua pula, bahan-bahan pengajaran yang bercorak kes kajian dan PBL yang dikenalpasti untuk menjadikan kursus ini lebih relevan dengan kehidupan seharian. Pelajar tidak lagi mendapat pengajaran secara sehala, sebaliknya mengaplikasi sendiri apa yang telah dipelajari dalam tugasan yang diberi

Metodologi Penyelidikan:

Penyelidikan tindakan ini dijalankan menerusi 4 peringkat iaitu:
1. Mengenalpasti masalah,
2. mencadangkan penyelesaian,
3. mengutip data dan
4. mengaplikasikan hasil.

Peringkat-peringkat ini dilaksanakan seperti dalam rajah di bawah:




















PeringkatPerlaksanaanSumber rujukan
1. Mengenalpasti masalah Mengenalpasti topik-topik bermasalah, melakukan gap analisis.Perbincangan tenaga pengajar, maklumbalas pelajar
2. Mencadangkan penyelesaianAnalisis dapatan dari kajian perpustakaan/ literature, kenalpasti amalan terbaik, analisis dapatan dari maklumbalas pengajar dan pelajar.Sorotan literatur, perbincangan tenaga pengajar, cadangan dari pelajar
3. Mengutip dataSoal selidik, temubual dengan pelajar, pengajarPelajar dan pengajar.
4. Mengaplikasikan hasilMengemaskini silibus kursus dalam perkara yang dikenalpastiDapatan kajian ini.



Jangkaan Output Penyelidikan:

Hasil penyelidikan ini dijangka akan dapat mempertingkatkan mutu pengajaran kursus ZZZT2263 agar lebih mencerminkan objektif U2 seperti yang diaspirasikan oleh UKM. Bahan-bahan kursus ini dijangka lebih praktikal, menarik dan relevan dengan kehidupan dan pengalaman pelajar.

Klik di sini untuk paparan pdf

Abstrak Kertaskerja Kajian Kes

PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN MELALUI KAJIAN KES: TAHAP REFLEKSI

Maznah Hj Ibrahim, Ahmad Zamri Mansor, Mohamad Mohsin Mohamad Said dan Taip Abu

Pusat Pengajian Umum
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Abstrak


Kandungan Kursus Membuat Keputusan beberapa semester yang lepas lebih tertumpu kepada pengajaran aspek teoritikal. Pengubahsuaian diadakan pada struktur kursus yang mengabungkan ciri teoritikal dan ciri praktikal dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran agar kursus ini bersifat lebih global dan dinamik. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kursus membuat keputusan, kajian kes dilihat sesuai untuk melatih pelajar menghayati bagaimana sesuatu keputusan penting perlu diambil. Terdapat tiga kelebihan tentang penggunaan kajian kes iaitu: aplikasi teori kepada amali, mengalakkan refleksi kritikal dan membina kemahiran menyelesaikan masalah serta membuat keputusan (Todd, 2008). Kertaskerja ini mengulas tentang persepsi pelajar tentang penggunaan kajian kes dalam projek membuat keputusan mereka. Kajian berbentuk kualitiatif ini dijalankan terhadap 35 pelajar. Hasil dari kajian awal ini memberikan maklumat tentang bagaimana projek kajian kes dapat membantu pelajar menghayati sesuatu proses bagaimana membuat keputusan. Hasil kajian ini juga melaporkan permasalahan yang dihadapi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah kajian kes.

Katakunci: proses membuat keputusan, kajian kes, peringkat refleksi

Monday, August 31, 2009

Kod Projek

Salam
Permohonan action research u tuk ZT2263 telah diluluskan. Kod projek ialah UKM-PTS-077-2009 dengan peruntukan tidak melebihi RM15000. Simpan kod projek, nanti nak isi borang senang. Sekian.

Sunday, August 30, 2009

Selamat Datang

Selamat Datang Ke Action Research Blog. Blog ini bertujuan untuk melaporkan progress penyelidikan. Untuk Tahun 2009 dan 2010, penyelidikan yang dijalankan ialah untuk kursus ZZZT2263 Kemahiran Membuat Keputusan.